Tuesday, May 19, 2009

1Malaysia 1Bahasa 1Sekolah


Yep, do support the call to revert to using Bahasa Malaysia in teaching Science and Mathematics but only if vernacular schools are done away with.

In the spirit of 1Malaysia mooted by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, all Malaysians should speak one language, taught in one language and go to one school. Are Malaysians ready?

Otherwise, retain the status quo!

Monday, May 18, 2009

Polis vs Kugan


Kematian suspek curi kereta A. Kugan ketika dalam tahanan polis pada 20 Januari agak menggusarkan.

Polis hanyalah satu agen dalam menguatkuasakan undang-udang. Tugas polis adalah untuk mencegah jenayah dan menyiasat setiap kes jenayah yang dilaporkan. Pada akhir siasatan, mereka harus melaporkan hasilnya kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

Polis langsung tidak mempunyai kuasa untuk menghukum walaupun mereka mempunyai bukti seseorang itu orang telah melakukan jenayah. Pihak yang menghukum adalah mahkamah.

Dalam kes Kugan, adakah polis telah melampaui undang-undang dengan bertindak sebagai pendakwa dan pada masa yang sama menghukum suspek?

Tiada siapa yang tahu apa sebenarnya berlaku dalam lokap pada hari berkenaan kecuali Kugan dan pegawai penyiasat dan adalah tidak adil untuk menyalahkan polis atas kematian Kugan tanpa siasatan terperinci.

Dua bedah siasat telah dilakukan dan tetapi hasil kedua-duanya tidak "conclusive" lebih-lebih kerana mayat Kugan telah di "tampered with" oleh pihak yang menyerbu masuk bilik mayat hospital sebelum bedah siasat pertama.

Apapun, pihak berkuasa sepatutnya telus dan bertindak pantas dengan mengadakan inkues terbuka bagi setiap kematian dalam tahanan termasuk Kugan bagi mengenalpasti sebab-sebab kematian dan jika terdapat "foul play", pihak yang bertanggungjawab.